Reichskommissariat Ostland
Reichskommissariat Ostland

Reichskommissariat Ostland

Koordinat: 56°N 26°E / 56°N 26°E / 56; 26Reichskommissariat Ostland (RKO) atau Komisariat Reich Wilayah Timur telah ditubuhkan oleh Jerman Nazi pada tahun 1941 semasa Perang Dunia II. Ia menjadi rejim pendudukan awam di negara-negara Baltik (Estonia, Latvia, dan Lithuania) dan bahagian barat Republik Sosialis Soviet Belarusia. Dokumen perancangan Jerman pada awalnya menamakan komisariat ini sebagai Reichskommissariat Baltenland ("Wilayah Baltik").[1] Organisasi politik bagi wilayah ini – selepas satu tempoh awal pentadbiran tentera sebelum penubuhannya – membabitkan pentadbiran awam Jerman, secara nominal dibawah kuasa Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur yang dipimpin oleh ideologis Nazi Alfred Rosenberg, tetapi sebenarnya dikawal oleh pegawai Nazi Hinrich Lohse, yang dilantik Reichskommissar.Objektif utama politik Jerman untuk Reichskommissariat, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian dalam rangka dasar polisi Sosialis Nasional bagi timur yang dibentuk oleh Adolf Hitler, termasuk pembasmian kaum Yahudi, dan juga Lebensraum iaitu penempatan baru etnik Jerman berserta pengusiran penduduk asal dan Jermanisasi keseluruhan penduduk. Polisi ini digunakan tidak hanya untuk Reichskommissariat Ostland tetapi juga untuk wilayah-wilayah Soviet taklukan Jerman yang lain. Melalui penggunaan Batalion Polis Jerman dan Einsatzgruppen A dan B, dengan penyertaan aktif pasukan auksiliari lokal, lebih sejuta orang Yahudi dibunuh dalam Reichskommissariat Ostland.[2] Polisi-polisi Jermanisasi, yang dibangun atas landasan Generalplan Ost, kemudiannya akan dilaksanakan oleh beberapa dekri khas dan prinsip panduan untuk pelan penempatan am bagi Ostland.[3]Pada tahun 1943 dan 1944, tentera Soviet secara beransur-ansur menawan semula kebanyakkan wilayah Ostland semasa kemaraan mereka ke arah barat, tetapi ketumbukan Wehrmacht bertahan di Kelompok Courland sehingga Mei 1945. Dengan berakhirnya Perang Dunia II di Eropah dan kekalahan Jerman pada Mei 1945, pihak Reichskommissariat tidak lagi wujud.

Reichskommissariat Ostland

Status Reichskommissariat Jerman
• Secara rasmi dibubarkan 21 Januari 1945
• Ditubuhkan 25 Julai 1941
• Belarus ditambah 1 September 1941
Bahasa lazim Jerman (rasmi)
Rusia · Belarusia · Estonia
Latvia · Lithuania · Poland
• Estonia ditambah 5 Disember 1941
Ibu negara Riga
• Penyerahan kalah Kelompok Courland 10 Mei 1945
Era sejarah Perang Dunia II
• Operasi Baltik 22 Jun 1941
Kerajaan Koloni Jerman Nazi
• Belarus dipisahkan 1 April 1944
• 1941–1944 Hinrich Lohse
Mata wang Reichskreditkassenscheine
(de facto)
• Pembebasan Soviet Julai–Nov. 1944
• 1944–1945 Erich Koch
Reichskommissar  

Rujukan

WikiPedia: Reichskommissariat Ostland http://dmr.bsu.edu/cdm4/collection.php?CISOROOT=/o... http://www.gegenwind.info/175/sonderheft_wehrmacht... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Reich... http://bka-roa.chat.ru/generalbezirk.htm https://books.google.ca/books?id=UZoZa3JFgxMC&q=Ge... https://books.google.com/books?id=l20PlJtfk0IC https://d-nb.info/gnd/18545-0 https://web.archive.org/web/20050215205315/http://... https://viaf.org/viaf/261297246 https://www.wikidata.org/wiki/Q156031#